Perak Hari Ini

JAIPk Lancar Tabung Kutipan Derma Untuk Rakyat Palestin

Pengarah JAIPk

Jabatan Agama Islam Perak (JAIPk) akan melancarkan tabung kutipan derma di setiap masjid seluruh negeri itu bagi mengutip sumbangan dana untuk disalurkan kepada rakyat Palestin.

Menurut pengarahnya, Datuk Mohd Yusop Husin, usaha itu diharap dapat mengutip dana untuk disalurkan kepada penduduk Gaza yang pada masa ini menghadapi serangan rejim Israel.

“Awal tahun lepas, kita telah mengadakan kutipan berbentuk kupon dan pada tahun ini, kita akan melancarkan pula kutipan derma untuk membantu rakyat Palestin,” katanya.

Beliau ditemui di Perhimpuan Aman Palestin di Dataran Stesen Keretapi Tanah Melayu (KTM) dekat Ipoh, malam tadi.

Katanya lagi, semua pihak harus menunjukkan sifat prihatin terhadap perkara yang berlaku di Gaza ketika ini.

“Kita tidak perlu berkira kerana jika setiap umat Islam di Perak sudi menderma, InsyaAllah kita mampu mengurangkan penderitaan yang ditanggung oleh rakyat Palestin,” ujarnya lagi.

Tambahnya, kutipan derma tersebut akan disalurkan terus kepada persatuan yang dipertanggungjawabkan untuk membantu rakyat Palestin.

“Kutipan ini akan terus disalurkan ke Gaza melalui Aman Palestin iaitu persatuan yang diberi tanggungjawab untuk menyampaikan bantuan rakyat Malaysia,” katanya.

Antara badan bukan kerajaan (NGO) yang turut terlibat dalam program tersebut ialah Persatuan Aman Palestin, Aqsa Shariff dan Pertubuhan Ikram Malaysia (IKRAM) cawangan Negeri Perak.

Perhimpunan tersebut turut diserikan dengan persembahan dakwah daripada kumpulan Ipoh Yoep Street Drummers.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");