Jenayah

Kastam Kedah rampas syabu

rampas syabu

ALOR SETAR – Kastam Kedah berjaya merampas dadah jenis syabu seberat 2.352 kilogram yang cuba diseludup ke negara ini tiga hari lalu.

Timbalan Pengarahnya, Mohd Noor Yusoff berkata, hasil pemeriksaan di pintu masuk sempadan Thailand-Bukit Kayu Hitam berjaya mengenal pasti dadah yang dibawa seorang keldai dadah wanita warga Thailand dalam beg galasnya pada jam 12.40 petang Rabu lalu.

Beliau berkata, dadah bernilai RM446,880 dipercayai akan dibawa ke Pulau Pinang dengan menyamar sebagai pelancong menggunakan van.

“Kecekapan pegawai kastam berjaya mengesan dua bungkusan dadah walaupun dibalut dengan kertas karbon biru untuk mengaburkan imej dadah apabila diimbas.

“Kita menahan suspek yang juga tukang urut itu di lorong bas/pejalan kaki apabila mendapati imbasan pada begnya mencurigakan,” katanya pada sidang media di Kompleks Jabatan Kastam Diraja Malaysia di sini, semalam.

Suspek itu dipercayai datang dari Hatyai dan akan dibawa terus ke Pulau Pinang.

Menurutnya, sindiket mengubah modus operandi dengan meminta keldai dadah menyamar pelancong terutama menjelang musim perayaan yang kebiasaannya menggunakan bas namun ditukar kepada van pelancong.

“Mereka ubah taktik pada musim perayaan kerana ingat kita akan lebih tertumpu kepada mercun ,” katanya.

Suspek berusia 34 tahun itu direman dari 24 hingga 30 Julai ini bagi membantu siasatan.

-Sinar harian

-Sinar harian

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");