Jenayah

Kedai jual spesies haram

jual spesis hram

JOHOR BAHRU – Sebuah kedai peliharaan haiwan di Taman Sentosa di sini, diserbu Jabatan Perhilitan kerana melakukan pelbagai kesalahan di bawah Akta Pemuliharaan Hidupan Liar 2010.

Pengarahnya, Hasnan Yusop berkata, premis berkenaan diserbu hasil maklumat orang awam kerana didapati gagal mengemukakan dokumen sah sebahagian hidupan liar dimiliki melibatkan pelbagai spesies burung, kura-kura dan ular sawa.

“Antara yang dirampas, seekor burung Sun Conure, dua burung Green Cheeked Conure, dua burung Blue-streaked Lory, tiga burung Rose-Ring Parakeet, lima burung Murai batu, tujuh Leopard Tortoise, empat Pancake Tortoise dan satu Blood Python.

“Kes akan disiasat di bawah Seksyen 60(1)(a) dan Seksyen 68(1)(a) Akta Pemuliharaan Hidupan Liar 2010 (Akta 716) dan jika disabitkan kesalahan boleh didenda tidak lebih daripada RM100,000 atau penjara tidak lebih dari tiga tahun atau kedua-duanya bagi setiap spesies.

“Premis perniagaan hendaklah sentiasa mematuhi undang-undang dan permit serta lesen yang telah diberikan. Pihak jabatan tidak akan teragak-agak membatalkan lesen perniagaan peniaga yang ingkar dan telah disabitkan kesalahan,” katanya.

Beliau turut mengalu-alukan maklumat orang awam bagi mengesan kes yang menyalahi undang-undang.

-Sinar harian

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");