Sukan Hari Ini

Kejar impian

Zulfahmi 1

Kuala Lumpur: Pelumba Moto3 negara Zulfahmi Khairuddin sudah sedia berpindah ke kelas Moto2 pada saingan MotoGP musim depan sekali gus cuba mengembalikan karier gemilangnya dalam saingan bertaraf dunia itu.

Malah pelumba pasukan Ongetta-AirAsia itu mengaku pihaknya ada mengadakan perbincangan dengan pasukan dalam kelas itu, tetapi segala-galanya bergantung kepada penaja.

“Benar, kalau ada peluang untuk ke Moto2, memang saya sudah bersedia untuk mengambil peluang itu.

“Memang ada (perbincangan). Itu saja yang boleh saya katakan setakat ini. Apapun sekiranya masih tiada rezeki untuk ke Moto2, saya akan cuba terus bersaing di Moto3,” katanya.

Zulfahmi berkata, hasratnya itu bukan didorong prestasi tidak menentu musim ini, sebaliknya dia berasa sudah tiba masanya bersaing dalam kelas Moto2.

“Saya akui selepas separuh musim, ia tidak mencapai apa yang saya serta pasukan harapkan.

“Pungutan 13 mata sememangnya jauh daripada sasaran kami. Tapi saya tidak putus asa dan akan cuba memperbaiki kedudukan pada baki separuh lagi perlumbaan musim ini.

“Namun, saya tetap fikir memang sudah tiba masanya untuk ke Moto2,” katanya.

Zulfahmi mengakui sebelum ini dia memang pernah ditawarkan beraksi dalam kelas itu, namun menolaknya kerana masih tidak berpuas hati dengan pencapaian di Moto3.

Pelumba kelahiran Banting, Selangor itu memulakan karier dalam kelas 125cc pada 2009 hingga 2011 sebelum meneruskan kariernya dalam kelas Moto3 yang menggantikan 125cc bermula musim 2012 hingga tahun ini.

-METRO

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");