Jenayah

Kes rampasan pertama

rmpasan ptama

SABAK BERNAM – Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Sabak Bernam berjaya merampas pelbagai jenis mercun dan bunga api larangan bernilai lebih RM300 di sebuah kedai runcit di Sungai Besar di sini, malam kelmarin.

Ketua Polis Daerah Sabak Bernam, Superintendan Noor Mushar Mohd berkata, dalam serbuan jam 10 malam itu, seorang lelaki berusia lingkungan 20-an dipercayai penjual ditahan di dalam kedai berkenaan.

Menurutnya, polis menahan lelaki terbabit selepas menerima aduan orang awam yang mendakwa kedai terbabit menjual mercun dan bunga api larangan hingga mendatangkan kerisauan kepada ibu bapa terhadap keselamatan anak-anak mereka yang bermain mercun.

“Penduduk memaklumkan kepada polis berlaku bunyi bising di tempat awam dan minta kami siasat agar kegiatan menjual dan bermain mercun dapat dibanteras di kawasan terbabit,” katanya.

Noor Mushar berkata, rampasan mercun dan bunga api itu adalah kes pertama berlaku sepanjang Ramadan ini dan polis memberi amaran kepada penjual supaya tidak sesekali menjual permainan bahan api itu kepada orang awam.

“Polis akan meningkatkan rondaan sepanjang Ramadan ini dan akan terus mengambil tindakan termasuk menahan penjual atau mereka yang didapati bermain mercun atau bunga api larangan mengikut undang-undang sedia ada,” katanya.

Selain itu beliau berkata, orang ramai juga dinasihatkan supaya tidak bermain meriam buluh kerana perbuatan itu bukan sahaja menyalahi undang-undang, malah membahayakan keselamatan diri sendiri dan orang lain.

Menurutnya, larangan itu bertujuan untuk mengelakkan berlakunya kejadian yang tidak diingini seperti kecederaan, kebakaran dan sebagainya akibat permainan bahan api berkenaan.

Katanya, bagi kesalahan bermain meriam buluh, mereka boleh didakwa mengikut Seksyen 4(2) akta sama dan jika sabit kesalahan boleh dikenakan hukuman penjara hingga lima tahun atau denda RM10,000 atau kedua-duanya sekali.

Sementara kesalahan bermain mercun dan bunga api larangan pula boleh didakwa mengikut Seksyen 8 Akta Bahan Letupan 1957 yang boleh dikenakan hukuman penjara sehingga tujuh tahun atau denda sehingga RM10,000 atau kedua-duanya sekali jika sabit kesalahan.

-Sinar harian

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");