Jenayah

Ketua Pemuda Umno Perlis diugut bunuh

atief

KANGAR – Ketua Pemuda Umno Perlis, Syed Atief Syed Abu Bakar membuat laporan polis mendakwa dirinya menerima ugutan bunuh daripada seorang pemimpin kanan Perlis, lima hari lalu.

Beliau berkata, ugutan bunuh itu diterima melalui rakannya yang juga ahli jawatankuasa parti yang mengatakan bahawa pemimpin itu bertanya sama ada dirinya sudah menerima mesej daripada seseorang.

“Dia (wakil jawatankuasa) berkata, pemimpin itu bertanya ada tak orang datang beri amaran pada saya yang mengatakan kalau nak hidup lama, buat perangai bagi elok sikit”.

“Kata-kata itu disampaikan pada 25 Mei lalu kepada saya. Pada masa itu, saya berada di luar negara kerana mengikuti rombongan kerja dan dimaklumkan melalui telefon,” katanya.

Jelas Syed Atief ekoran daripada makluman berkenaan, dirinya bukan hanya terkejut tetapi tidak menyangka bahawa pemimpin itu mengetahui mengenai ugutan bunuh dan bertanya mengenainya, walhal dirinya belum menerima sebarang ugutan bunuh daripada mana-mana pihak.

Justeru itu, katanya, sebagai langkah keselamatan mengambil keputusan untuk membuat laporan polis, dan meminta pihak berkuasa membuat siasatan bagi mendapatkan maklumat tujuan sebenar amaran ugutan nyawa itu diberikan.

Ketika ditanya mengenai kemungkinan ada pihak ingin melagakannya, Syed Atief berkata, beliau mempercayai pemberi maklumat berkenaan yang merupakan sahabat baiknya.

-Sinar harian

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");