Sukan Hari Ini

Khaled yakin JDT julang trofi

JDT johor

Johor Bahru: Menteri Besar Johor, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin yakin pasukan Johor Darul Ta’zim (JDT) dan JDT II mampu menjuarai Piala Malaysia musim ini yang akan disingkap tirainya, 13 Ogos ini.

Beliau berkata, kejayaan itu mampu dihasilkan dengan komitmen tinggi yang ditunjukkan oleh semua pemain ketika sesi latihan, selain sokongan padu secara erterusan yang diberikan oleh penyokong di negeri ini.

Mohamed Khaled berkata, kerajaan negeri berbangga dengan pencapaian skuad JDT yang meraih Piala Liga Super pertama dalam tempoh 24 tahun.

Sampai insentif

“Untuk saingan Piala Malaysia saya ucapkan selamat maju jaya kepada pasukan JDT dan JDT II. Saya yakin dan percaya sokongan yang diberikan kepada mereka, kita mampu memenangi kejuaraan berprestij ini,” katanya.

Mohamed Khaled berkata demikian ketika berucap pada Majlis Penyampaian Insentif Kemenangan Kontinjen Sukan Malaysia (SUKMA) Johor 2014 di sini, semalam. Teks ucapan beliau dibacakan oleh Pengerusi Jawatankuasa Belia, Sukan, Kebudayaan dan Warisan Johor, Datuk Zulkarnain Kamisan.
Pada majlis itu, Zulkarnain turut menyampaikan insentif berjumlah RM760,000 kepada pasukan JDT di atas kejayaan meraih Piala Liga Super dan ia diterima oleh ketua jurulatih JDT, Bojan Hodak.

-Berita Harian

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");