Laporan Eksklusif

‘Kita baru tembak jatuh pesawat’

igor bezler

Kuala Lumpur : Perkhidmatan Keselamatan Ukraine (SBU) mendakwa berjaya memintas dua perbualan telefon di mana pemisah pro-Russia yang mengaku tersalah tembak jatuh Penerbangan MH17 selepas insiden berlaku, semalam.

Rakaman perbualan dipintas SBU itu didedahkan kepada media Ukrain Kiev Post didakwa hasil perbualan antara pegawai perisikan tentera Rusia dan militan Cossack yang disokong kerajaan Rusia.

Panggilan telefon berkenaan dikatakan dibuat beberapa minit selepas kemalangan Penerbangan Malaysia Boeing 777-200 berhampiran kampung Chornukhine, kira-kira 80 kilometer dari barat laut Donetsk dekat sempadan Rusia, lokasi MH17 terhempas.

Berikut adalah transkrip daripada audio perbualan yang belum dapat disahkan kesahihannya yang dikeluarkan oleh Ahkbar Kiev Post.
Foto

IGOR Bezler

Igor Bezler (IB): Kita baru sahaja menembak jatuh sebuah pesawat. Ia jatuh di Yenakeivo (Wilayah Donetsk).

Vasili Geranin (VG): Juruterbang. Mana juruterbang?

IB: Sedang mencari lokasi dan gambar pesawat. Ia berasap.

VG: Berapa minit sudah berlalu?

IB: Kira-kira 30 minit lalu.

Komen SBU – Selepas meneliti kawasan kejadian, pengganas menyedari mereka baru sahaja menembak jatuh pesawat awam. Perbualan seterusnya berlangsung 40 minit selepas itu.

Mejar (M): Ini adalah kerja orang Chernukhin yang menembak jatuh pesawat. Dari tempat pemeriksaan Chernukhin. Orang Cossack yang berpangkalan di Chernukhino.

Greek (G): Ya, Mejar.

M: Pesawat jatuh dari udara di kawasan lombong Petropavlovskaya. “200” pertama (kod laluan rahsia yang merujuk kepada orang mati). Kita menemui kumpulan ‘200’- kod untuk orang awam.

G: Baik, apa yang anda ada di sana?

M: Secara ringkas, ia 100 peratus pesawat penumpang (awam).

G: Berapa banyak orang ada di sana?

M: “S**l, serpihan jatuh betul-betul di atas kawasan perumahan.

G: Pesawat jenis apa?

SBU – Fasa ketiga perbualan membabitkan seorang Mejar dan Greek yang seolah-olah membawa komander Cossack Nikolay Kozitsin, menunjukkan bahawa kapal terbang Malaysia Airlines membawa pengintip.

M: Saya kurang pasti mengenai itu, Saya belum dapat melihat semuanya. Saya hanya meninjau kawasan kejadian di mana mayat pertama jatuh. Mereka masih terikat pada kerusi dan tali pinggang keselamatan.

G: Adakah sebarang senjata ditemui?

M: Tiada, sangat pasti, semuanya. Barangan awam, ubat-ubatan, tuala dan tisu tandas.

G: Ada sebarang dokumen ditemui?

M: Ya, seorang pelajar Indonesia, dari Universiti Thompson.

Militan: Mengenai pesawat yang ditembak jatuh di kawasan Snizhne-Torez. Ia pesawat awam. Jatuh berhampiran Grabove. Banyak mayat wanita dan kanak-kanak. Orang Cossacks berada disana untuk melihat perkara ini.

Pihak TV memberitahu ia adalah pesawat penumpang AN-26, tetapi mereka kata ianya tertulis Malaysia Airlines di pesawat itu. Mengapa ia berada di wilayah Ukraine?

Nikolay Kozitsin: Maksudnya, mereka membawa pengintip. Mereka tidak sepatutnya terbang di sini. Peperangan sedang berlaku.

-Metro

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");