Sukan Hari Ini

‘Kita patut dah berlatih’

pmain kbangsaan

Kuala Lumpur: Era baru skuad Harimau Malaya bakal bermula apabila Dollah Salleh mengendalikan latihan pusat skuad kebangsaan pada 1 Ogos.

Ia bukan saja latihan pertama Dollah selepas dilantik ketua jurulatih Harimau Malaya, 1 Julai lalu, malah buat julung kali juga pemain negara berkumpul sejak perlawanan persahabatan dengan Filipina, 27 April lalu.

Walaupun beliau dilihat tidak mengambil masa lama untuk memulakan tugas barunya itu, hakikatnya skuad kebangsaan sebenarnya sudah agak ketinggalan.

Ini kerana pasukan pencabar rantau ini sudah rancak mengadakan latihan serta aksi persahabatan sebagai pemanas badan bagi mengharungi Piala AFF pada November nanti.

Juara bertahan Singapura, misalnya sudah berada di Austria bagi kem latihan pusat dan dijadual beraksi dalam tiga perlawanan persahabatan menentang kelab di sana sebelum bertemu kelab gergasi Itali, Juventus pada 16 Ogos.

-METRO

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");