Berita Hari Ini

KJ: Ubah sikap jika mahu maju

NRC11

SHAH ALAM – “Semoga lebih ramai lagi rakyat kita mencontohi semangat dan kesedaran sivik Najib Razak Club 11 (NRC11),” tulis Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin Abu Bakar di laman Facebooknya, hari ini.

Tulisan Khairy tersebut merujuk kepada amalan murni yang dilakukan oleh NGO NRC11, yang mengutip sampah yang ditinggal oleh peminat-peminta bola sepak dua malam lalu di Dataran Merdeka.

Khairy berkata, kumpulan ini telah membantu pekerja-pekerja Dewan Bandar Raya Kuala Lumpur (DBKL) yang bedepan dengan hasil sikap dan budaya rakyat yang masih lagi tidak berapa mempunyai kesedaran sivik yang tinggi.

“Walaupun tong-tong sampah disediakan sempena tayangan final Piala Dunia, masih ramai yang meninggalkan sampah mereka di atas padang dengan harapan ada orang lain yang akan kutipnya.

“Yang pasti hasil usaha pekerja-pekerja DBKL dan juga kerjasama yang diberi anak-anak muda NRC11, Dataran Merdeka dibersihkan dalam masa yang cepat.

“Terima kasih kepada mereka. Semoga lebih ramai lagi rakyat kita mencontohi semangat dan kesedaran sivik NRC11. Kalau nak jadi negara yang maju, minda dan sikap juga mesti maju,” tulisnya.

NRC11 adalah sebuah inisiatif ditubuhkan bertujuan untuk menggalakkan aktiviti kesukarelawan dan perbincangan intelek di kalangan rakyat Malaysia.

-Sinar Harian

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");