Membawang Hari Ini

Kreativiti unik Aizat Amdan

aizat hamdan

Pastinya ini album paling menarik daripada Aizat Amdan selain Urusan Aizat Amdan pada 2010, terutama reka bentuk kulit album dan konsep keseluruhannya.

Album ini menampil­kan lima lagu terbaru Aizat termasuk empat daripadanya dia berduet dengan Yuna, Zee Avi, Noh Salleh dan Lan The Typewriter.

Selain lagu berjudul Baru yang dinyanyikan secara solo, empat lagi lagu ialah We’ll Be Happy bersama Zee Avi, Dwihati (Yuna), Catwalk Ke Balai (Lan) dan In Love With You (Noh Salleh).

Lagu In Love With You ciptaan Noh layak ke final Anugerah Juara Lagu ke-28 pada Januari lalu.

Apa yang menarik mengenai album ini, ia hanya dihasilkan dalam bentuk ‘vinyl’ atau piring hitam. Ia juga tidak dijual di mana-mana kedai muzik tetapi hanya boleh dibeli menerusi bidaan di laman web www.legasi.kge.com.my.

Album ini juga adalah edisi terhad dan hanya dicetak sebanyak 222 unit saja. Difahamkan, buat masa ini hanya tinggal kira-kira 50 unit saja dan bidaan tertinggi yang dibuat sejak 27 Mei lalu ialah RM500.

Bersesuaian dengan judul Legasi, lagu-lagu yang dihasilkan jelas mengambil inspirasi dari era 60-an dan juga karya Allahyarham Tan Sri P Ramlee terutamanya lagu We’ll Be Happy, Dwihati dan In Love With You.

Bukan itu saja, album ini juga menampilkan reka bentuk kulit album yang unik dan menarik. Lukisan karya Artech yang menampilkan figura Aizat, Noh, Lan, Yuna dan Zee Avi melengkapkan album ini sebagai satu ‘packaging’ menarik.

Pastinya album terbitan Aizat bersama abangnya, Anas ini satu lagi produk kreatif dan unik penyanyi berbakat besar ini. Namun, adalah lebih menarik jika Aizat menghasilkan album penuh dengan 10 lagu demi kepuasan peminatnya.

INFO

ARTIS: Aizat Amdan
ALBUM: Legasi
TERBITAN/EDARAN: Kasi Gegar Entertainment

-Metro

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");