Membawang Hari Ini

Legasi Apes

apes

MASIHKAH anda ingat dengan karya Planet of the Apes (2001) arahan Tim Burton dan Rise of the Planet of the Apes (2011) arahan Rupert Wyatt?

Kali ini, penonton akan disajikan dengan sekuel Rise of the Planet of the Apes (2011) iaitu Dawn of the Planet of the Apes arahan Matt Reeves.

Filem sains fiksyen ini juga merupakan reboot kepada filem Planet of the Apes dan merupakan francais keenam bagi filem ini.

Kali ini, ia mengisahkan sebuah negara yang dibangunkan secara genetik oleh beruk-beruk yang diketuai oleh Caesar, telah berasa terancam dengan sekumpulan manusia yang masih terselamat oleh bencana virus sedekad yang lalu.

Namun, kedua-dua puak ini mencapai kata damai walaupun ia rapuh dan akhirnya menimbulkan peperangan antara mereka demi menentukan spesies mana yang lebih dominan menjadi makhluk bumi.

Lebih hebat!

Bagi anda yang pernah menonton Planet of the Apes (2001) arahan Tim Burton dan Rise of the Planet of the Apes (2011) arahan Rupert Wyatt, anda wajib menonton sekuel terbaharu, Dawn Of The Planet Of The Apes.

Dan jika anda merasakan tiada apa yang istimewa seperti dua filem terdahulu ternyata anda silap kerana filem yang diarahkan oleh Matt Reeves ini memiliki sesuatu yang cukup istimewa.

Filem ini bermula dengan keadaan di mana bumi dilanda ‘selesema Simia’ yang tersebar meluas dan saki-baki manusia yang terselamat berpaut pada kesan-kesan akhir tamadun mereka seperti di San Fancisco; dimana tempat kelahiran virus tersebut dan virus yang merangsang otak beruk-beruk yang anda saksikan daripada filem sebelum ni.

Seterusnya menjengah kehidupan sekumpulan beruk yang diketuai Caesar (Andy Serkis) dan keluarga beruk yang telah menjadi satu komuniti di luar bandar San Francisco.

Satu-satunya masalah dalam komuniti ini adalah Koba (Tony Kebbell), beruk pembenci manusia yang tidak habis-habis mempersoalkan setiap keputusan yang dibuat Caesar sebagai seorang ketua. Situasi bertambah buruk apabila ada manusia datang ke kawasan mereka dan menembak salah seekor beruk dan mendatangkan kemarahan puak Apes.

Daripada berbalas dendam, Caesar lebih berusaha untuk kekalkan keamanan dan membenarkan manusia untuk bekerja di empangan berhampiran yang diperlukan untuk menjana kuasa.

Dengan mempertaruhkan skrip yang cukup hebat, tidak keterlaluan untuk mengatakan Reeves berjaya mengemudi filem ini dengan cukup baik dan jarang untuk penulis katakan ada sebuah filem sekuel yang lebih berjaya daripada filem sebelumnya.

Tidak hanya dengan perkembangan plot yang begitu kemas, Reeves turut mengambil berat visual-visual dan lakonan yang cukup mantap.

Beruk, manusia sama cemerlang

Selain itu, lakonan kedua-dua watak dalam filem ini iaitu kawanan beruk dan manusia yang dilakonkan oleh Jason Clarke, Gary Oldman, Kodi Smit-McPhee, Keri Russell dan Kirk Acevedo tampak cukup hebat.

Bahkan biarpun ada di antaranya hanya watak sampingan sahaja, namun Reeves bijak untuk menaikkan setiap watak supaya watak sampingan juga nampak penting kepada watak-watak utamanya.

Bukan itu sahaja, persembahan yang dibawakan Andi Serkis memberikan emosi dan perasaan yang mendalam terhadap hubungan beruk dan manusia sehingga kadang-kala boleh terlupa yang ia memang beruk yang dilakonkan oleh manusia.

Visual terbaik

Selain itu, antara perkara lain yang ingin penulis puji adalah visual yang cukup mantap dan hebat di dalam filem ini. Biarpun hampir 90 peratus filem ini menggunakan imej janaan komputer (CGI), namun tidak ada sekali pun filem ini tampak menggunakan CGI.

Lebih-lebih lagi kehadiran haiwan-haiwan seperti rusa, beruang, kuda dan beruk itu sendiri yang nampak real dan bukannya direka daripada CGI.

Bukan itu sahaja, pembinaan set-set bagi lokasi penggambaran juga nampak hidup dan apa yang boleh penulis katakan, ia lebih baik daripada filem pertama.

Mesej penting

Di sebalik kehebatan filem ini sebenarnya terselit beberapa mesej penting iaitu betapa pentingnya untuk umat manusia bersatu dari mula agar kita akan terus kuat andai terjadinya sesuatu perkara.

Selain itu, amatlah penting untuk kita hidup dalam suasana saling menghormati antara satu sama lain dan tidak benci atau cemburu dengan kelebihan yang dimiliki orang lain.

Akhir kata, bagi anda yang masih belum menonton sekuel kali ini, jangan lepaskan peluang untuk menontonnya di pawagam.

-Sinar harian

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");