Jenayah

Lima sekeluarga mangsa terbaru Israel

A man buries the body of Palestinian boy Hadi Abed al-Nabi, 3, who medics said was killed in an Israeli air strike, during his funeral at a cemetery in the northern Gaza Strip

Gaza (Palestin): Tujuh rakyat Palestin terbunuh dalam siri serangan terbaru Israel dekat Khan Yunis, Selatan Gaza menurut perkhidmatan kecemasan hari ini.

Serangan udara dan kereta kebal tertumpu di Khuzaa berdekatan sempadan Israel dan daerah Abasan di mana pertempuran sengit berlaku sejak Selasa lalu kata jurucakap perkhidmatan kecemasan Ashraf al-Qudra.

“Lima daripada keluarga Abu Daqqa termasuk bayi 18 bulan dan dua daripada keluarga Najjar terbunuh dalam serangan berkenaan,” katanya.

Jasad mangsa ditemui dalam keadaan berkecai dan rentung, menyukarkan usaha untuk mengenal pasti mereka.

“Penduduk Khuzaa, Abasan dan Bani Suheila di Khan Yunis merayu untuk dibawa keluar dan mendakwa lebih ramai terbunuh di bawah runtuhan rumah,” kata Qudra.

Konflik 16 hari setakat ini mengorbankan 736 nyawa rakyat Palestin manakala 32 askar Israel maut.

-Metro

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");