Sukan Hari Ini

Lulus ujian boleh beraksi: Kafa

tagoe 1

TIDAK mahu pisang berbuah dua kali, mulai musim depan Persatuan Bola Sepak Kelantan (Kafa) mewajibkan semua pemain import mereka lulus ujian kesihatan dan kecergasan terlebih dahulu sebelum memperoleh ‘lesen’ bermain bersama The Red Warriors.

Penasihat Kafa, Tan Sri Annuar Musa berkata, langkah tersebut dilakukan bagi memastikan insiden membeli awang import ‘tempang’, penyerang kebangsaan Ghana, Prince Tagoe pada jendela kedua perpindahan pemain April lalu, tidak lagi berulang.

“Apabila sudah tandatangan (kontrak) kita akan pastikan semua pemain menjalani pemeriksaan kesihatan dan kecergasan yang ketat. Kafa pernah mengalami pengalaman dengan Prince Tagoe dan kita dapati ia (pemeriksaan) perlu dilakukan.

“Banyak pemain antarabangsa walau pun rekod mereka bagus, tetapi kita tidak tahu dia (berapa) lama tak bermain atau tercedera, bila sudah tandatangan kontrak, dia pura-pura main, dia (kemudian) cedera, kita kena bayar gaji, jadi kita cuba elak masalah seperti itu.

Beliau berkata demikian kepada pemberita ketika menghadiri program pengagihan bubur lambuk ketam anjuran Majlis Ekonomi Pantai Timur (Ecer) bersama Empower Ketereh di Bazar Ramadan Kok Lanas, Ketereh, kelmarin.

Annuar yang mengakui kesilapannya membeli Tagoe bagi menggantikan penyerang Lubnan, Mohamad Ghaddar memberitahu, Kelantan sememangnya cukup serius mahu mendapatkan rangkaian pemain import lebih berkualiti untuk musim depan.

Malah sebagai bukti, beliau mengesahkan Kafa sudah pun menandatangani pra-kontrak dengan seorang bekas pemain kebangsaan sebuah negara dan seorang pemain yang beraksi dalam kempen Piala Dunia di Brazil, baru-baru ini.

Tidak cukup dengan itu, Annuar menjelaskan, Kafa dalam proses mengenal pasti dua lagi pemain import termasuk salah seorangnya kapten pasukan Juara Liga Asia yang beraksi sebanyak 23 kali dan seorang lagi penjaring terbanyak sebuah liga di Asia.

Menurutnya, pasukan scouting Kafa akan terbang ke Bangkok, Thailand hari ini bagi menyaksikan perlawanan liga selain menilai kehebatan beberapa pemain import yang beraksi di sana.

“Dalam erti kata lain, kita hanya memburu empat pemain import terbaik dan hasil gabungan pemain tempatan, saya percaya mampu membentuk Kelantan menjadi sebuah pasukan yang kuat musim depan,” katanya.

Sementara itu, mengulas khabar angin mengaitkan perpindahan Ketua Pasukan, Mohd Badhri Radzi ke Felda United FC musim depan, Annuar berkata, Kafa menyerahkan kepada pemain berkenaan untuk membuat keputusan.

-Sinar harian

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");