Sukan Hari Ini

Mannschaft buru trofi Euro

euro

KEJAYAAN Jerman meraih gelaran juara dunia membuatkan Die Mannschaft berazam untuk meneruskan penguasaan di pentas antarabangsa dengan menyasarkan kejuaraan seterusnya iaitu menjulang Piala Euro 2016.

Perancang tengah Jerman, Bastian Schweinsteiger berkata, tidak mustahil Die Mannschaft mampu melakukannya memandangkan mereka dibarisi pemain muda yang berpengalaman.

“Kejayaan merangkul Piala Dunia membuatkan kami dahagakan kejuaraan. Kami ingin melakukannya di kejohanan yang lain.

“Saya yakin kerana kami memiliki pemain muda yang berpengalaman di kejohanan ini dan kami akan hadir di Perancis (Piala Euro 2016) untuk meraih gelaran seterusnya,” katanya.

Jerman menjulang Piala Dunia selepas menundukkan Argentina, 1-0, awal pagi kelmarin.

Kali terakhir mereka meraih gelaran tersebut adalah pada edisi 1990, ketika masih menggunakan nama Jerman Barat.

Dalam kejohanan Piala Euro pula, kali terakhir mereka meraih gelaran itu adalah pada 1996 di England, menumpaskan Republik Czec, 2-1.

-Sinar harian

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");