Laporan Eksklusif

MH17: 3 Petugas Shell Mangsa Nahas

mh17c

PETALING JAYA: Tiga kakitangan Shell Malaysia adalah antara penumpang pesawat malang milik syarikat Penerbangan Malaysia (MAS), MH17 yang terhempas di Ukraine pada Khamis.

Jurucakap syarikat berkenaan yang mengesahkan perkara itu berkata, semua kakitangan terbabit dalam perjalanan pulang ke tanah air dan transit di Amsterdam.

“Kami sedih dengan kemalangan tragik ini kerana kehilangan tiga rakan sekerja dan sahabat. Kami menangisi pemergian mereka serta semua pemumpang pesawat MH17,” kata jurucakap itu pada Jumaat.

Jurucakap itu menambah, Shell Malaysia akan menghulurkan sokongan kepada keluarga semua kakitangan yang terbabit dalam nahas itu.

Pesawat MH17 hilang dari radar di timur Ukraine kira-kira pukul 2.15 waktu tempatan. Ia berlepas dari Lapangan Terbang Schiphol, Amsterdam dan dijangka tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) pada pukul 6.10 pagi.

Difahamkan, pesawat itu ditembak jatuh pada kedudukan 50 kilometer dari sempadan Ukraine dan Rusia, sekali gus mengakibatkan semua 298 penumpangnya terkorban.

Ketika ini, kawasan kejadian itu dikuasai puak pemisah pro-Rusia.

-mStar

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");