Laporan Eksklusif

MH17: Rakyat Malaysia Mahu Keadilan

“Rakyat Malaysia terutamanya keluarga mangsa tragedi MH17 mahukan keadilan.”

Demikian tegas Naib Ketua Pergerakan Pemuda UMNO, Khairul Azwan Harun susulan tragedi pesawat MH17 yang ditembak jatuh dan mengorbankan 298 penumpang termasuklah 15 anak kapal, 17 Julai lalu.

Khairul Azwan berkata lagi, rakyat Malaysia terutama keluarga mangsa yang terlibat sangat sedih dan kecewa dengan kejadian yang berlaku itu.

Beliau juga berharap kotak hitam pesawat berkenaan diserahkan kepada kerajaan Malaysia.

Mengulas lanjut, Pemuda UMNO bersama badan kerajaan (NGO) juga katanya, akan menyerahkan memorandum kepada kepada kedutaan Russia, Ukraine dan pejabat perwakilan Pertubuhan Bangsa Bersatu (PBB) untuk menyelesaikan konflik di timur Ukraine.

“Kita akan meminta PBB mencari jalan penyelesaian supaya kerajaan Rusia dan Ukrine mengetepikan pertikaian antara kedua-dua itu bagi memudahkan siasatan serta membenarkan pasukan bantuan masuk ke kawasan kejadian untuk mengeluarkan mayat mangsa.

“Walaupun ada laporan menyatakan kejadian itu berpunca daripada tembakan misil, kita harap jangan ada pihak yang cuba melindungi pihak yang terlibat,” katanya kepada pemberita selepas menghadiri program sumbangan Aidilfitri bersama-sama anak angkat Menteri Besar Perak, Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir, di gedung beli-belah Mydin di Ipoh, Ahad.

Sebelum kejadian, pesawat Malaysia Airlines (MAS) itu sedang dalam penerbangan dari Amsterdam ke Kuala Lumpur ketika ia terhempas di Ukraine yang sedang bergolak.

Pesawat itu membawa 298 orang – 283 penumpang dan 15 anak kapal.

Pihak berkuasa Ukraine percaya pesawat Boeing 777 itu ditembak jatuh. Lokasi pesawat itu terhempas terletak di kawasan pasukan tentera Ukraine yang sedang berjuang menentang kumpulan pemberontak pro-Russia.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");