Jenayah

Mujur sedar enjin bas terbakar

memadam kebakaran

SIMPANG PULAI – Tindakan pantas seorang penumpang belakang mengarahkan pemandu bas berhenti setelah menyedari enjin kenderaan itu terbakar, berjaya menyelamatkan kesemua 32 penumpang bas terbabit .

Dalam kejadian kira-kira jam 6.20 pagi itu, bas persiaran dua tingkat itu dalam perjalanan dari Butterworth ke Kuala Lumpur sebelum terbakar di Kilometer 287, Lebuh Raya Utara Selatan (Plus) arah selatan berhampiran susur keluar Simpang Pulai di sini, kelmarin.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Simpang Pulai, Rozmi Che Hamat berkata, bas itu berhenti di lorong kecemasan di tepi lebuh raya sebelum pemandu mengarahkan semua penumpang turun.

“Sebuah jentera dengan kekuatan lima anggota dikejarkan ke tempat kejadian dan kebakaran berjaya dipadamkan dalam tempoh 30 minit.

“Kita terima bantuan lori tangki dari Balai Bomba dan Penyelamat Ipoh. Operasi tamat kira-kira jam 7 petang dan kesemua penumpang tidak cedera,” katanya semalam.

Menurutnya, jumlah kerugian dan punca kejadian masih disiasat. Kesemua penumpang terlibat meneruskan perjalanan dengan menaiki bas lain yang disediakan pihak syarikat terbabit.

-Sinar harian

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");