Laporan Eksklusif

Nahas M17: Kotak hitam tidak tercemar

liow

Sepang: Kedua-dua kotak hitam pesawat Penerbangan Malaysia (MAS) MH17 berada dalam keadaan baik dan kandungannya tidak tercemar.

Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Liow Tiong Lai, ketika mengesahkan perkara itu, berkata pendengaran rakaman suara dari kokpit dan data penerbangan dari kotak hitam berkenaan sudah dilakukan pasukan penyiasat antarabangsa dan akan didokumentasikan.

“Kotak hitam itu tidak tercemar dan rakaman suaranya boleh didengar. Proses dokumentasi akan dilakukan melalui maklumat perakam itu dan akan diteliti pasukan penyiasat di Farnborough, United Kingdom,” katanya pada sidang media sejurus tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) dari Amsterdam, semalam.

Berhubung mayat mangsa, Liow berkata, proses membawa mayat dari lokasi nahas di Grabovo, Donetsk ke Eindhoven, Belanda akan diteruskan sehingga esok.

Katanya, Kerajaan Belanda memberi jaminan akan mempercepatkan penyiasatan dan pengecaman (DVI) mayat bagi membolehkan mayat mangsa termasuk dari Malaysia dapat dibawa pulang segera.

“Kita tidak tahu bila proses berkenaan akan siap. Penyiasatan itu dilakukan dengan teliti. Kita akan hantar lebih ramai anggota pasukan DVI ke Belanda jika perlu,” katanya.

Pakar kumpul bukti

Liow berkata, tiga pakar yang dihantar Malaysia untuk mengumpul bukti dan data di lokasi nahas kini sudah menyelesaikan kerja mereka bagi fasa pertama.

Katanya, Malaysia akan menghantar lebih ramai pakar yang diperlukan ke lokasi nahas dan mahu kerajaan Ukraine serta pihak berkaitan memberi jaminan terhadap keselamatan mereka.

“Kita tidak mempunyai akses penuh ke lokasi nahas. menyebabkan kita tidak dapat mengalihkan serpihan pesawat kerana banyak sekatan.

“Justeru, kita akan mencari jalan untuk menyelesaikan masalah ini,” katanya.

-Berita harian

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");