Jenayah

Nahas MH17: Rayu jenazah dibawa pulang sebelum raya

waris

Kuching: Waris kepada enam beranak yang terkorban dalam tragedi MH17, menaruh harapan tinggi agar jenazah semua mangsa dapat dikebumikan di sini sebelum Aidilfitri.

Madzalina Ghazalee, 47, kakak sulung kepada Ariza, 46, berkata sejak tragedi Khamis lalu, mereka sekeluarga semakin tertekan, tambahan pula selepas menerima pelbagai laporan mengenai cara mayat semua mangsa tragedi itu diuruskan.

Harapan keluarga

Jadi, kami amat berharap jenazah adik, adik ipar dan empat anak mereka dibawa balik ke Sarawak penghujung Ramadan. Kami merayu kerajaan melakukan yang terbaik dan memenuhi permintaan ini. Kami hanya mahukan jenazah saudara kami ini dibawa balik sebelum Aidilfitri.

Sudah berapa hari kami tunggu berita mengenai usaha membawa pulang jenazah. Alhamdulillah, hari ini (semalam), ada sedikit perkembangan positif dan kami amat berharap semuanya berjalan dengan lancar, katanya.

Madzalina berkata, walaupun sedih dengan kehilangan adiknya dan adik ipar, Tambi Jiee, 49, serta anak mereka, iaitu Muhammad Afif, 19; Muhammad Afzal, 19; Marsha Azmeena, 15, dan Muhammad Afruz, 13, keluarganya sedikit gembira dengan pengumuman Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak itu.

Kami berharap ia jadi kenyataan segera kerana sekurang-kurangnya kami dapat melihat jenazah mereka, katanya dengan nada sebak.

-Berita harian

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");