Sukan Hari Ini

Optimis singkir Argentina

shaqiri

PEMAIN sayap Switzerland, Xherdan Shaqiri optimis mereka mampu mengejutkan Argentina pada perlawanan kalah mati, awal pagi esok.

Keyakinan itu berasaskan kejayaan aksi konsisten dipamerkan mereka semasa peringkat kumpulan.

“Tiada yang mustahil apabila berada pada peringkat ini. Kami ibarat anak kecil tapi itu tidak bermakna Swiss mudah diperkotak-katikkan lawan.

“Kami masih bermimpi bermain di Piala Dunia. Sekarang, di pusingan 16 terbaik, kami takkan sia-sia peluang ini,” katanya yang merakam hatrik ketika bertemu.

Beliau kini gigih menjalani latihan intensif pemulihan pada otot kaki yang dianggap menyusahkan pergerakannya semasa bermain atas padang.

-Sinar harian

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");