Isu Panas

PAS tak sokong tukar Abdul Khalid

Semua orang tahu sebab mengapa Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim terus kekal sebagai Menteri Besar adalah kerana PAS belum lagi memberi persetujuan untuk menukar beliau.

PKR sejak Kajang Move lagi mahu Abdul Khalid diganti dengan Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail, presiden mereka.

DAP pula sejak kejadian rampasan Bible dan isu KIDEX meletup telah juga mahu Abdul Khalid ditukar. Hanya PAS sahaja yang berdegil.

Kedegilan PAS ini adalah satu perkara yang luarbiasa. Pada lazimnya PAS menjadi ‘pak turut’ di dalam Pakatan Rakyat (PR).

Mengikut saja apa yang diputuskan oleh Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim, PKR atau DAP.

Tetapi kali ini PAS dilihat tidak lagi menjadi kuda tunggangan. Ia boleh membuat keputusan sendiri. Sedikit sebanyak kedegilan PAS ini telah dapat memulihkan sedikit imej mereka.

Tetapi ada juga yang mengkritik PAS kerana mempunyai pendirian yang berbeza dari rakan-rakan Pakatan Rakyat.

Ramai penyokong PR, diam-diam setujuÂÂ langkah PAS itu. Bagi mereka, PAS berhak mempunyai pandangan sendiri.

Jika PAS terpaksa menurut apa saja pendirian PKR atau DAP maka apa gunanya PAS wujud sebagai sebuah parti politik yang berasingan?

Lebih baik dibubarkan dan ahli-ahlinya menyertai PKR atau DAP.-14/7/2014

Tulisan ini berasal pandangan yang diemailkan oleh veteran PAS Selangor kepada sidang pengarang Agendadaily.

– Agendadaily.com

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");