Jenayah

Pasangan warga emas ditemui mati tergantung

SEREMBAN – Pasangan warga emas ditemui mati tergantung di bilik berasingan di rumah mereka di Flat Rasah Jaya dekat sini, malam tadi.

Jurucakap polis berkata pihak polis mendapat panggilan daripada jiran pasangan itu pada pukul 9.30 malam yang memaklumkan terhidu bau busuk dari kediaman warga emas tersebut.

“Warga emas itu ditemui tergantung di dalam bilik hadapan dan di bilik bahagian dapur. Difahamkan kali terakhir warga emas tersebut dilihat pada Khamis lepas oleh jiran-jiran,” katanya kepada pemberita di sini, hari ini.

Katanya polis masih menyiasat punca kematian warga emas berkenaan.

Mayat kedua-dua warga emas itu dihantar ke Hospital Tuanku Jaafar Seremban untuk bedah siasat, katanya. – Bernama

-Sinar Harian

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");