Berita Hari Ini

Pelaksanaan VEP, berita gembira bagi rakyat Malaysia

Bukan setakat melaksanakan Permit Kemasukan Kenderaan (VEP), bahkan kerajaan Malaysia wajar meneruskan semula pembinaan Jambatan Bengkok yang dibatalkan dan projek penambakan laut untuk ‘Forest City’.

Ahli Majlis Tertinggi (MT) UMNO, Dr. Mohd Puad Zarkashi berkata, untuk pertama kali kerajaan Malaysia telah melakukan tindakan yang menggembirakan rakyat negara ini apabila akan menguatkuasakan VEP tidak lama lagi.

Katanya, pengumuman oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak itu adalah suatu perkhabaran yang menggembirakan, sekali gus menunjukkan kerajaan tidak pernah mengalah dengan Singapura.

“Sepatutnya apa saja yang berkaitan dengan Singapura, kita tidak boleh mengalah. Sebab itu, projek ‘Forest City’ iaitu penambakan laut untuk menghasilkan sebuah pulau yang berkeluasan separuh daripada Putrajaya perlu diteruskan.

“Walaupun ada bantahan daripada Singapura, kita tidak perlu beralah kerana Singapura sendiri pun tidak pernah melayan bantahan kerajaan Malaysia apabila mereka melakukan penambakan laut,” katanya.

Beliau berkata demikian mengulas kenyataan Najib, yang mana kerajaan bersetuju mengenakan bayaran VEP kepada kenderaan asing yang memasuki Malaysia melalui Johor dari Singapura.

Perdana Menteri ketika mengumumkan perkara itu berkata, pelaksanaan VEP itu akan dilakukan dalam masa terdekat selepas semua urusan berkaitan pentadbiran termasuk kadar bayaran dan tarikh penguatkuasaannya selesai.

Menurut Puad yang juga bekas Ahli Parlimen Batu Pahat, beliau tidak menolak kemungkinan akan ada bantahan daripada kerajaan Singapura berhubung pelaksanaan VEP itu, tetapi kerajaan tidak semestinya tunduk.

Katanya, kerajaan Malaysia terlalu banyak berlembut dan mengalah dengan Singapura, terutama pembinaan projek Jambatan Bengkok yang terpaksa dibatalkan kerana kerajaan Lee Hsien Loong itu mengugut hendak membawa kes berkenaan ke Mahkamah Keadilan Antarabangsa (ICJ).

“Kali ini, jika pelaksanaan VEP ini menjadi kenyataan, ia adalah berita gembira bagi seluruh rakyat Malaysia,” katanya.

– MalaysiaGazette

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");