Laporan Eksklusif

Pemberontak Serah Kotak Hitam MH17: PM

Kejayaan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak berunding dengan pemisah Ukraine pastinya berita yang ditunggu-tunggu oleh keluarga dan sanak handai kepada 298 mangsa tragedi pesawat MH17 yang ditembak jatuh, 17 Julai lalu.

Hasil rundingan, pemimpin pemberontak bersetuju untuk menyerahkan kotak hitam MH17 dan semua mayat penumpang yang terkorban dilaporkan sedang dalam perjalanan menuju ke Belanda.

Sebelum ini, desakan negara berkuasa besar seperti Amerika Syarikat tidak diendahkan pihak pemisah yang diketuai Aexander Borodai.

Kotak hitam MH17 itu diserahkan kepada wakil Malaysia di bandar Donetsk sambil disaksikan Borodai sendiri.

Perdana Menteri dalam satu kenyataan akhbar awal pagi tadi menyatakan Malaysia telah berjaya mencapai persetujuan dengan kumpulan pemisah Ukraine pro-Rusia untuk memperolehi semula kotak hitam yang dipercayai berada dalam tangan mereka buat masa ini.

Persetujuan itu termasuklah akses untuk memasuki ke kawasan nahas pesawat MH17 itu.

“Pada lebih kurang jam 9 malam Isnin, waktu Ukraine (Selasa, 2 pagi waktu Malaysia), dua buah kotak hitam akan diserahkan kepada pasukan Malaysia yang kini telah berada di Donetsk,” kata perdana menteri dalam kenyataan akhbar di Seri Perdana.

Najib berkata, beliau sendiri telah bercakap dengan pemimpin pemberontak itu, Alexander Borodai pada awal petang Isnin berhubung persetujuan tersebut.

Borodai adalah pegawai pemberontak yang memimpin wilayah bergolak itu di mana nahas tersebut berlaku.

Perdana Menteri juga menambah yang badan penyiasat bebas antarabangsa telah diberi jaminan akses untuk ke kawasan nahas untuk membolehkan mereka memulakan siasatan.

Berkat doa keluarga mangsa dan rakyat Malaysia, harapan untuk melihat mayat penumpang dan anak kapal MH17 dibawa pulang dan disemadikan di tanahair semakin cerah hasil perkembangan terbaru ini.

Walaupun kejian dilemparkan pihak pembangkang kepada Perdana Menteri, kejayaan beliau berunding dengan pihak pemisah pro-Rusia membuktikan sebaliknya di peringkat antarabangsa.

Apa yang diharapkan, urusan membawa pulang semua mayat rakyat Malaysia yang terkorban dalam nahas itu dipermudahkan oleh Allah SWT hendaknya.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");