Jenayah

Pengawal Keselamatan Dituduh Cuba Bunuh Isteri

cuba bunuh

BUTTERWORTH: Seorang pengawal keselamatan mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini terhadap pertuduhan cubaan membunuh isterinya, dua tahun lepas.

N.Premananth, 43, didakwa cuba membunuh R.Saraswathy, 39, dengan cara mengelar leher isterinya itu di rumah No 67, Lorong 15/SS2 Bandar Tasek Mutiara, Seberang Perai Selatan, dekat sini pada pukul 7.30 pagi, 1 Ogos 2012.

Premananth didakwa mengikut Seksyen 307 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara maksimum 10 tahun dan didenda serta hukuman penjara maksimum 20 tahun jika perbuatan itu menyebabkan kecederaan kepada mangsa, jika sabit kesalahan.

Timbalan Pendakwa Raya Maziyah Mansor tidak menawarkan sebarang jaminan terhadap Premananth kerana berkemungkinan tertuduh akan mengganggu saksi dan melarikan diri.

“Tertuduh mengenali saksi dan ada kemungkinan dia boleh mengganggu saksi. Selain itu, tertuduh hanya berjaya ditangkap pada 29 Jun tahun ini, malah dia langsung tidak menghubungi polis untuk siasatan. Sepatutnya tertuduh terus menyerah diri. Jadi, saya bantah tertuduh diikat jamin,” katanya.

Bagaimanapun, peguam R.S.N Rayer yang mewakili tertuduh memohon jaminan dibenarkan kerana Premananth masih bekerja dan menanggung ibu bapa serta dua anaknya.

“Sekiranya tertuduh diikat jamin, tertuduh juga bersedia mematuhi apa-apa syarat yang ditetapkan mahkamah. Jika terdapat aduan daripada isteri tertuduh, menjadi bidang kuasa mahkamah untuk membatalkan jaminan ini.

“Saya juga memohon mahkamah mempertimbangkan jumlah wang jaminan yang mampu dibayar oleh tertuduh,” katanya.

Hakim Meor Sulaiman Ahmad Tarmizi membenarkan Premananth diikat jamin RM15,000 dengan seorang penjamin dan menetapkan 22 Ogos ini untuk sebutan semula kes.

-mStar

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");