Jenayah

Pengubahan wang haram

kes

KUANTAN – Seorang bekas kerani sebuah syarikat pembinaan dihadapkan ke Mahkamah Sesyen Kuantan semalam atas 21 pertuduhan membabitkan kesalahan di bawah Akta Pencegahan Wang Haram dan Pencegahan Pembiayaan Keganasan 2011.

Tertuduh, Ng Cheng Wai, 23 dari Rumah Murah Gambang dekat sini bagaimanapun mengaku tidak bersalah atas semua pertuduhan melibatkan 21 cek bernilai antara RM1,362 hingga RM12,000 membabitkan jumlah keseluruhan RM138,536.

Tertuduh yang tidak diwakili peguam didakwa melakukan kesalahan itu antara 12 April 2012 hingga 29 Januari 2013 di empat bank berasingan, di sini.

Bagi kesemua pertuduhan itu, tertuduh didakwa mengikut Subseksyen 4(1)(a) Akta Pencegahan Wang Haram dan Pencegahan Pembiayaan Keganasan 2011 yang membawa hukuman denda sehingga RM5 juta atau penjara sehingga lima tahun.

Timbalan Pendakwa Raya Pejabat peguam Negara, Robert Pasang Alam menawarkan jaminan RM60,000 terhadap tertuduh dengan seorang penjamin manakala pasport antarabangsa perlu diserahkan kepada mahkamah.

Robert berkata, dalam kes itu, satu jumlah jaminan yang tinggi wajar terhadap tertuduh kerana jumlah sebenar wang yang terlibat mencecah RM1.06 juta bagaimanapun hanya RM138,536 yang dituduh.

Tertuduh yang baru bekerja sebagai agen insurans merayu agar jumlah jaminan dikurangkan kerana ayahnya yang bakal menjadi penjamin tidak mampu menjelaskan julah seperti ditawarkan pihak pendakwaan.

Hakim Datuk Zainal Abidin Kamaruddin memanggil bapa tertuduh untuk kepastian terhadap kemampuan bagi membayar jaminan anak lelakinya itu.

Bapa tertuduh yang kurang fasih berbahasa Melayu melalui jurubahasa memberitahu dia hanya bekerja di kilang papan dengan pendapatan kira-kira RM1,200 dan masih menyara dua lagi anak yang masih belajar.

Mengambil kira rayuan dua beranak itu, Zainal Abidin membenarkan jumlah jaminan dikurangkan kepada RM20,000 bagi kesemua pertuduhan dengan tiga syarat tambahan.

Tertuduh diarah melapor diri di Balai Polis Gambang sebelum atau pada 5 haribulan dan dihalang meninggalkan daerah ini tanpa kebenaran mahkamah, pasport juga perlu diserahkan kepada mahkamah.

Mahkamah menetapkan 20 Ogos depan sebagai tarikh sebutan lantikan peguam kes tersebut.

-Sinar harian

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");