Jenayah

Peniaga parah ditetak 2 kenalan

jenayah gmbr hiasan 3

NIBONG TEBAL – Seorang peniaga parah selepas ditetak dua kenalan lelakinya di sebuah premis perniagaan di Jalan Kampung Nibong Tebal, di sini awal hari ini.

Ketua Polis Daerah Seberang Perai Selatan (SPS), Superintendan Shafien Mamat berkata, kejadian pada pukul 5.15 pagi itu menyebabkan mangsa yang berusia lingkungan 30-an itu cedera di kepala, badan, tangan dan kaki akibat ditetak dengan parang.

“Menurut mangsa, dia dihubungi seorang daripada lelaki terbabit memberitahu mahu berbincang hal perniagaan di sebuah kedai di kawasan itu.

“Sebaik sampai, dia terus diserang dan mereka hanya berhenti menetak mangsa selepas beberapa orang awam yang melalui kawasan berkenaan meleraikan pergaduhan itu,” katanya kepada pemberita, di sini hari ini.

Beliau berkata, lelaki yang cedera parah itu dihantar ke Hospital Sungai Bakap oleh orang ramai dan keadaannya dilapor stabil.

“Polis telah kenal pasti dua lelaki terbabit dan kami akan edarkan gambar mereka dalam tempoh terdekat untuk mengesan mereka,” katanya sambil memberitahu polis tidak menolak kemungkinan kejadian itu berkaitan urusan perniagaan mereka.

Beliau turut meminta orang ramai yang mempunyai maklumat berhubung kejadian itu agar menghubungi balai polis berdekatan bagi membantu siasatan. – Bernama

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");