Sukan Hari Ini

Penonton ramai punca gimnas raih gangsa

gimnas 1

Glasgow: Pingat perak hampir digarap oleh pasukan gimrama negara, tetapi nasib tidak menyebelahi mereka apabila kalah tepis kepada Wales bagi membolehkan mereka hanya mampu meraih gangsa di Arena SSE Hydro di sini, semalam.

Gimnas Malaysia, Amy Kwan Dict Weng, Wong Poh San dan Fatin Zakirah Jalany Zain mengutip 135.825 mata, untuk berada di belakang Kanada yang juga pemenang pingat emas selepas mengumpul 141.450 mata dan Wales (136.625 mata).

Pengurus pasukan, Petrina Low berkata, pingat perak begitu hampir dalam genggaman gimnas negara, tetapi kegagalan mereka mengutip mata yang lebih baik pada pusingan awal menghalang untuk memintas Wales yang menduduki tempat kedua.

“Permulaan gimnas negara goyah pada peringkat permulaan. Mereka kelihatan terlalu gugup selepas menyaksikan kehadiran terlalu ramai penonton di stadium.

Ibarat raih emas

“Bagaimanapun, mereka kembali pulih dan mula menunjukkan peningkatan apabila menduduki tempat kelima selepas tamat pusingan pertama. Mereka kemudian melonjak di tempat ketiga dan kemudian tidak dicabar pada kedudukan itu sehingga pertandingan tamat,” katanya ketika ditemui selepas pertandingan itu, semalam.
Sementara itu, Amy, 19, mengakui kegagalan mengutip lebih banyak mata memang mengecewakan mereka kerana sasaran mereka ialah meraih emas.

“Kami agak kecewa kerana kami mensasarkan emas, namun tetap gembira dengan apa yang kami capai di sini,” katanya.

Bagi Poh San pula, kejayaan mereka meraih gangsa diibaratkan olehnya seperti emas kerana terpaksa berdepan dengan gimnas Kanada dan Wales yang hebat selain, bertanding dalam tempoh yang amat panjang dari pagi hingga ke malam.

“Pertandingan ini terlalu panjang… Sebab itu saya merasakan kejayaan memperoleh gangsa terasa seperti meraih emas,” kata Poh San, 17.

Fatin Zahirah berkata dia sedikit gugup pada persembahan sebelah pagi sehingga menjejaskan prestasinya untuk mengutip mata.

-Berita harian

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");