Sukan Hari Ini

Pertahanan Belanda, Stefan de Vrij Bakal Jadi Milik Man United

FEYENOORD percaya Stefan de Vrij akan menjadi milik Manchester United dalam tempoh beberapa minggu lagi.

Pemain pertahanan tengah Belanda berusia 22 tahun itu dijangka akan menolak tawaran Lazio bagi membuka peluangnya ke United.

Pemain itu juga dilaporkan telah menerima tawaran rasmi United bernilai £7 juta.

Selain De Vrij, United turut menyatakan minatnya terhadap seorang lagi pemain Feyenoord iaitu Daryl Janmaat, namun perbincangan masih belum dimuktamadkan oleh kelab berkenaan.

Kedua-dua pemain pertahanan itu kini sedang membantu skuad Belanda yang dibimbing Louis van Gaal yang juga pengurus United.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");