Jenayah

Pesalah trafik Singapura tidak akan terlepas

pdrm

SHAH ALAM – Polis Diraja Malaysia (PDRM) memberi cadangan kepada kerajaan untuk mewujudkan sistem saman trafik seperti mana yang digunakan Singapura terhadap pesalah trafik di negara itu.

Ketua Trafik Pasukan Polis Diraja Malaysia (PDRM) Bukit Aman, Senior Asisten Komisioner Mohd Fuad Abd Latiff berkata, cadangan membangunkan sistem ini dikemukakan dan ia masih di peringkat perbincangan.

Menurutnya, ia dilihat sangat baik untuk mengesan kenderaan dengan nombor pendaftaran Singapura yang melanggar kesalahan trafik ketika berada di negara ini.

“Melalui sistem ini nanti, pesalah trafik khasnya yang memandu nombor pendaftaran Singapura wajib menjelaskan saman sebelum keluar dari Malaysia.

“Dengan adanya sistem ini, ia akan menghubungkan semua kesalahan kepada agensi berkaitan seperti Jabatan Imigresen Malaysia yang beroperasi di dua laluan keluar masuk, iaitu di Tambak Johor atau Link Kedua yang boleh mengenal pasti rekod kesalahan trafik,” katanya.

Katanya, buat masa ini hanya PDRM mempunyai rekod kesalahan trafik dan ini menyukarkan usaha mengesan pesalah trafik sebaik sahaja mereka meninggalkan negara ini.

“Walaupun nombor pendaftaran kenderaan tertera pada gambar melalui sistem perangkap had laju, namun pesalah dari negara luar masih sukar dikesan.

“Berdasarkan sistem sama seperti di Singapura, pesalah trafik negara ini yang mahu keluar dari republik itu perlu menjelaskan saman serta-merta,” katanya.

-Sinar harian

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");