Jenayah

Polis tahan dua suspek pergaduhan

ahmad tarmizi

Ipoh: Dua lelaki termasuk seorang anggota pasukan keselamatan diberkas polis awal pagi tadi, selepas dipercayai terbabit dalam pergaduhan di sebuah pusat hiburan di Jalan Raja Musa Aziz, di sini, hingga menyebabkan ?seorang bonser di premis terbabit cedera di muka akibat ditetak dengan pedang samurai.

Dalam kejadian kira-kira ?jam 4 pagi itu, kedua-dua suspek yang berusia 22 tahun berkenaan dipercayai mabuk dan menimbulkan kekecohan hingga mengakibatkan pergaduhan berlaku.

Timbalan Ketua Polis Daerah Ipoh Superintendan Ahmad Tarmizi Abd Haq berkata, polis turut berjaya merampas dua senjata yang digunakan suspek dalam insiden pergaduhan itu iaitu sebilah pedang samurai dan satu parang.

“Polis menerima maklumat mengenai kejadian daripada orang awam dan sepasukan anggota ke lokasi kejadian sebelum membuat tangkapan terhadap kedua-dua suspek.

“Mangsa pula cedera dibahagian muka dan dihantar ke hospital serta menerima lapan jahitan,” katanya dalam sidang media di sini sebentar tadi.

-Metro

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");