Perak Hari Ini

Program Kembara Qiam Menteri Besar Diteruskan

Bagi mencari keberkatan pada 10 malam terakhir di bulan Ramadhan, Menteri Besar, Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir menghadiri Program Kembara Qiam 2014 yang berlangsung di Masjid Pusat Bandar Al Ridzuan, dekat Parit Buntar, awal pagi tadi.

Program yang bermula kira-kira jam 3 pagi itu diselitkan dengan solat tasbih, solat taubat dan diikuti solat Subuh berjemaah.

Seterusnya, beliau bersama lebih 100 jemaah bersahur beramai-ramai dan mengerjakan solat Subuh sebelum majlis bersurai sekitar jam 6.40 pagi.

Seramai 40 penghuni Pondok Jaafar, dekat Gopeng turut memeriahkan program tersebut yang dijayakan dengan kerjasama Yayasan Kemajuan Islam Darul Ridzuan (KADIR).

Pada 10 malam terakhir Ramadhan, Menteri Besar akan mengembara ke 10 masjid terpilih di seluruh Perak untuk menjayakan program qiamullail bersama-sama umat Islam di kawasan berkenaan.

Awal pagi esok, program sama akan diteruskan di Masjid Sultan Yusuf, Rapat Setia, dekat Ipoh.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");