Jenayah

Rakyat kita cedera dibom keluar hospital

betong

Betong: Seorang daripada dua rakyat Malaysia yang dilaporkan cedera dalam kejadian letupan bom di pekan Betong, dalam Wilayah Yala, Selatan Thailand, petang kelmarin, dibenarkan keluar dari Hospital Betong.

Konsulat Malaysia di Thailand Mohd Rozaimi Harun berkata, seorang lagi mangsa masih mendapatkan rawatan di hospital sama kerana mengalami pendarahan dalaman, namun dilaporkan stabil.

Menurut Mohd Rozaimi, kedua-dua rakyat Malaysia itu dikenali sebagai Jeemihan, 27, dan Seoh Choo Then, 68.

Kedua-duanya berasal dari Baling, Kedah.

Katanya, Seoh masih dirawat dan ahli keluarganya dimaklumkan berkaitan perkara itu.

“Wakil kami juga dihantar ke Betong untuk memantau keadaan di sana,” katanya ketika dihubungi semalam.

Sementara itu, berdasarkan perkembangan semasa, Mohd Rozaimi menasihatkan rakyat Malaysia tidak mengunjungi bandar di selatan negara jiran itu kerana keadaan tidak menentu dan banyak ancaman keselamatan, terutama terhadap pelancong.

“Kami mempunyai sebab untuk percaya wujud ancaman terhadap bandar di sempadan negara ini dan pelancong turut menjadi sasaran pihak tidak bertanggungjawab.

“Kami percaya ia taktik untuk menakut-nakutkan pelancong, seterusnya melumpuhkan ekonomi di selatan Thailand,” katanya.

Menurut beliau, pihak konsulat juga memantau rapi setiap perkembangan terkini di kawasan terbabit.

-METRO

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");