Jenayah

RM4 juta tunai dirampas

4 juta tunai dirampas

GEORGETOWN – Sebanyak RM4.32 juta tunai dirampas dari satu sindiket yang memproses dan mengedar dadah untuk pasaran tempatan dalam serbuan Ahad lalu.

Turut ditemui ialah Saham 1Malaysia bernilai RM3.25 juta dan barang kemas ketika diserbu anggota pasukan Sting dari Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) Bukit Aman dengan kerjasama JSJN Pulau Pinang.

Pengarah JSJN Bukit Aman, Datuk Noor Rashid Ibrahim berkata, polis juga merampas enam kereta mewah seperti BMW, Mercedes Benz, Volkswagen dan tujuh motosikal termasuk sebuah motosikal mewah.

Beliau berkata, hasil maklumat orang ramai dan risikan, mereka berjaya membongkar kegiatan kumpulan itu yang berselindung di sebuah kondominium di Sungai Dua, sebagai makmal memproses dadah.

“Enam ahli sindiket pengedaran dadah yang didalangi rakyat tempatan membabitkan empat lelaki dan dua perempuan berusia 24 hingga 43 tahun.

“Dalam serbuan pada 13 Julai dan 14 Julai lalu, polis merampas 1.29 kilogram (kg) heroin, 760 gram (g) heroin base dan 50.6 kg kafin dan peralatan memproses dadah yang kesemuanya bernilai RM200,000,” katanya.

-Sinar harian

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");