Jenayah

Rugi RM30,000 chalet terbakar

chalet terbakar

BATU KURAU – Pemilik chalet Teratak Afrina, dekat Kampung Anak Kurau, kerugian hampir RM30,000 selepas bangunan mereka terbakar kira-kira jam 10.47 malam, di sini, kelmarin.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Kamunting, Penolong Penguasa Mohd Taufiq Abd Sattar berkata, setelah menerima panggilan daripada orang awam, pihaknya segera menghantar sebuah jentera dengan kekuatan enam anggota ke lokasi kejadian.

“Pihak kami menghadapi kesukaran untuk masuk ke lokasi kejadian kerana kawasan itu dipenuhi pokok. Selain itu, tiada kemudahan pili bomba.

“Operasi pemadaman terpaksa dilakukan dengan menggunakan air dari kolam berhampiran,” katanya kepada Sinar Harian, di sini, semalam.

Mohd Taufiq berkata, semasa tiba di tempat kejadian, api sedang marak membakar chalet berkenaan.

“Chalet berkenaan dibina dari papan dan atap rumbia menyebabkan api cepat marak.

“Kebakaran tersebut menyebabkan 90 peratus bangunan itu musnah. Punca kejadian masih dalam siasatan,” katanya.

-Sinar Harian

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");