Membawang Hari Ini

Sama-sama ligat urus bisnes

chekta

Hampir tujuh bulan melayari bahtera rumah tangga, pelakon Rozita Che Wan atau Che Ta dan suami, Zain Saidin mengakui banyak perubahan dilalui mereka. Malah rezeki berpihak pada pasangan ini apabila Che Ta disahkan hamil selepas sebulan berkahwin.

Ibarat bulan jatuh ke riba, perkhabaran itu pastinya menggembirakan buat setiap pasangan yang baru berkahwin seperti mereka, apatah lagi pada usia yang semakin meningkat seperti Che Ta, dia juga tidak menyangka rezeki untuk hamil diterima lebih awal.

Bersyukur tidak mempunyai sebarang alahan pada awal kehamilan, Che Ta juga teruja apabila buat pertama kalinya dia menyambut Ramadan tahun ini dengan status sebagai isteri.

Ditemui pada majlis berbuka puasa bersama anak-anak yatim dari Rumah Kasih Sayang, Rawang yang dianjurkan MV Bistro & Cafe di Kota Damansara, Che Ta berkata, sepanjang berpuasa dia tidak mengalami sebarang masalah, malah gembira hari-harinya sentiasa dikelilingi semua ahli keluarga.

MV Bistro & Cafe melantik Che Ta dan Zain sebagai duta mereka dalam rangka mempromosikan kafe berkenaan yang bakal membuka cawangan keduanya di Subang Jaya tidak lama lagi.

Selain itu, pasangan selebriti ini juga dilantik sebagai duta mempromosikan MV Coffee yang dilancarkan serentak bersama kafe pada April lalu.

-Metro

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");