Sukan Hari Ini

Semangat tak luntur

badminton

Kuala Lumpur: Masalah kekurangan gelanggang latihan untuk persiapan Sukan Komanwel 2014 Glasgow tidak melemahkan semangat pemain badminton negara.

Bagaikan satu kebetulan atau ujian, Stadium Juara, Bukit Kiara yang menjadi medan untuk persiapan pemain masih lagi dibelenggu masalah sama iaitu lampu rosak.

Ketua jurulatih perseorangan negara Rashid Sidek berkata, walaupun ia berlaku ketika temasya semakin hampir bermula, tetapi pemain sudah tidak sabar untuk berjuang di Sukan Komanwel.

“Ini kerana majoriti pemain kecuali Chan Peng Soon, bakal membuat penampilan pertama di Sukan Komanwel,” kata bekas pemenang pingat gangsa Sukan Olimpik 1996 Atlanta itu.

Mengenai masalah Stadium Juara itu, beliau berkata, mereka memang tidak boleh melakukan apa-apa kecuali mengadakan latihan di tempat lain, namun ia perlu diadakan di dua lokasi berlainan.

“Mereka sudah menggantikan lampu yang rosak tapi ia tetap tidak menyala, mungkin ada kerosakan litar pintas dan ia perlu diperiksa satu persatu.

“Masa latihan semua pemain hampir sama, sukar untuk berlatih bersama-sama kerana kekurangan gelanggang di dewan sekitar Lembah Klang,” katanya.

Semalam latihan skuad Sukan Komanwel terpaksa diadakan secara berasingan di Majlis Sukan Negara (MSN) dan Dewan Badminton Ara.

Pada masa sama Rashid berkata, tidak ada pemain mengalami kecederaan dan semua bersemangat untuk beraksi bersungguh-sungguh dalam acara berpasukan.

“Kalau mereka dapat menyumbang mata untuk acara berpasukan, sudah pasti mereka berasa yakin dalam acara individu,” katanya.

Skuad badminton negara dibarisi Chong Wei Feng, Liew Daren, Tan Wee Kiong, Chan Peng Soon, Goh V Shem, Tee Jing Yi, Woon Khe Wei, Vivian Hoo, Lai Pei Jing dan Lim Yin Loo.

-Metro

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");