Berita Hari Ini

Setiausaha Agung PBB gesa siasat insiden MH17

ban ki-moon

KUALA LUMPUR – Setiausaha Agung Pertubuhan Bangsa Bersatu (PBB), Ban Ki-Moon merakamkan takziah dengan tragedi pesawat MAS terhempas di Ukraine, dan menggesa penyiasatan penuh dilakukan terhadap tragedi itu.

“Saya memantau dan mengikuti perkembangan laporan-laporan, bersama-sama dengan Pertubuhan Penerbangan Awam Antarabangsa, sebuah agensi Pertubuhan Bangsa Bersatu,” katanya kepada pemberita di Ibu Pejabat PBB di New York pada Khamis, seperti dipetik oleh laman web PBB www.un.org.

Beliau berkata tidak perlu bagi penyiasatan penuh dan telus peringkat antarabangsa.

“Dengan ini, saya merakamkan takziah kepada keluarga dan orang tercinta mangsa dan rakyat Malaysia,” katanya.

Pesawat MAS, MH17, sedang dalam perjalanan dari Amsterdam ke Kuala Lumpur apabila terhempas di Ukraine. Ia membawa 283 penumpang dan 15 anak kapal.

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak awal hari ini berkata pihak berkuasa Ukraine percaya Boeing 777 itu telah ditembak.

Tragedi MH17 berlaku kira-kira lebih empat bulan selepas sebuah lagi pesawat MAS, MH370 hilang setelah kira-kira sejam berlepas dari Kuala Lumpur untuk ke Beijing, China bersma-sama 239 penumpang dan anak kapal. Pesawat itu masih belum dijumpai. – Bernama

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");