Jenayah

Suami isteri maut bertembung lori

kereta hancur

Gerik : Sepasang suami isteri maut manakala anaknya cedera selepas kenderaan pelbagai guna MPV yang dinaiki bertembung dengan sebuah lori dalam kemalangan di kilometer 3 Jalan Raya Timur Barat (JRTB) dekat Gerik jam 4.15 pagi tadi.

Jurucakap Balai Bomba dan Penyelamat Gerik berkata, dua mangsa meninggal dunia ditempat kejadian dalam kemalangan membabitkan dua kenderaan itu.

“Mangsa yang tersepit ditempat duduk meninggal dunia ditempat kejadian manakala anaknya mengalami kecederaan di beberapa bahagian muka dan badan.

“Kemalangan itu menyebabkan kenderaan jenis Proton Ixora yang dinaiki mangsa mengalami remuk teruk di bahagian depan,” katanya.

Menurutnya, mayat mangsa di bawa ke hospital Gerik untuk tindakan lanjut.

-Metro

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");