Berita Hari Ini

Sultan Selangor Buka Puasa Bersama Rakyat

sultan selangor

SHAH ALAM: Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah berkenan menghadiri majlis berbuka puasa bersama rakyat di Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah, di sini, malam Isnin.

Dalam majlis itu, baginda turut berkenan menerima zakat perniagaan daripada lima syarikat berjumlah RM24.3 juta serta menyampaikan sumbangan duit raya kepada lebih 600 individu daripada pelbagai lapisan masyarakat termasuk golongan fakir, miskin, anak yatim dan mualaf.

Lima syarikat yang menyampaikan zakat perniagaan bagi tahun berakhir 2013 ialah UMW Holdings Berhad sebanyak RM14.7 juta; Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS) (RM5.1 juta).

Kumpulan Syarikat PLUS Malaysia Berhad (RM2 juta); Worldwide Holdings Berhad (RM1.6 juta) dan Permodalan Negeri Selangor Berhad sebanyak RM 618,000.

Baginda serta para hadirin kemudian menunaikan solat Maghrib, Isyak dan Tarawih berjemaah.

Turut hadir mengiringi baginda ialah Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim.

-mStar

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");