Berita Hari Ini

Sumbang RM575,000

sumbangan palestin

Kuala Lumpur: Bersimpati dan prihatin dengan nasib rakyat Palestin di Gaza yang kini menjadi mangsa kekejaman rejim Israel sejak beberapa hari lalu, Media Prima Berhad (MPB) melalui Tabung Kemanusiaan Palestin Media Prima Berhad menyumbang RM575,000 kepada Yayasan Keamanan Sedunia Perdana (PGPF) bagi membeli bekalan makanan dan perubatan, semalam.

Bekas Perdana Menteri yang juga Presiden PGPF Tun Dr Mahathir Mohamad berkata, pihaknya dimaklumkan penduduk Gaza lebih memerlukan kemudahan perubatan memandangkan bekalan ubat-ubatan semakin berkurangan selain kepadatan pesakit di hospital.

“Kami akan utamakan keperluan asas perubatan supaya penderitaan mangsa dapat dikurangkan, sekali gus menyelamatkan penduduk yang menjadi mangsa serangan Zionis.

“Saya tidak menolak kemungkinan akan berlaku lagi serangan terhadap penduduk Gaza, namun sebagai negara Islam boleh membantu dengan memberi sumbangan ikhlas,” katanya ketika sidang media penyerahan cek replika kepada PGPF, di sini.

Turut hadir menyerahkan sumbangan berkenaan, Penasihat Tanggungjawab Sosial Korporat Kumpulan MPB Datuk Ahmad A Talib.

Orang ramai dan organisasi yang ingin menyumbang kepada tabung berkenaan boleh berbuat demikian menerusi akaun Maybank 5642-7651-0331 di bawah nama Tabung Kemanusiaan Palestin Media Prima Berhad.

Pembayaran juga boleh dibuat menerusi aplikasi Maybank2u.com, bayaran tunai, cek dan di kaunter Maybank atau datang sendiri ke Jabatan Komunikasi Korporat Kumpulan Media Prima Berhad, Aras 1, Anjung Riong, Balai Berita, 31 Jalan Riong, 59100 Bangsar, Kuala Lumpur.

-metro

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");