Sukan Hari Ini

Suntik semangat baru

hoki 3

Kuala Lumpur: Ketua jurulatih skuad hoki negara Muhammad Dhaarma Raj Abdullah mahu melupakan segala masalah dan kritikan dilempar selepas Piala Dunia berakhir dengan cuba mencari suntikan semangat baru pada temasya Sukan Komanwel yang membuka tirainya Rabu ini.

Dhaarma serta barisan anak buahnya diasak hebat sebaik pulang ke Malaysia selepas menduduki tempat tercorot di Piala Dunia sebelum ditambah dengan masalah beberapa pemainnya yang menyatakan hasrat untuk mengundur diri daripada skuad kebangsaan.

Mengaku cukup terganggu dengan masalah itu, Dhaarma kini hanya mahu memberi fokus kepada Sukan Komanwel, pentas bagi mencari semula semangat yang dilihat semakin pudar.

“Saya tidak mahu bercakap perkara lalu. Yang saya fikir sekarang adalah melihat barisan pemain muda yang diberi kepercayaan memikul tugas di Sukan Komanwel membuktikan sesuatu.

“Kami juga sudah bersedia untuk beraksi. Walaupun MHC (Konfederasi Hoki Malaysia) tidak menetapkan sasaran, kami mempunyai tanggungjawab untuk memastikan dapat meraih keputusan paling baik.

-Metro

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");