Sukan Hari Ini

Swiss waspada berdepan Messi

pmain swiss

PENYERANG sensasi Argentina, Lionel Messi menjadi fokus utama buat Switzerland dalam pertemuan kedua-dua pasukan bagi memburu tiket ke suku akhir Piala Dunia, tengah malam ini.

Bintang Barcelona itu sebelum ini merupakan nadi kebangkitan buat Argentina dalam aksi di peringkat kumpulan.

Jaringannya pada lewat babak perlawanan memastikan Argentina terus gah di hadapan dan menafikan hajat lawannya.

Bagi mengelakkan situasi itu terjadi kepada skuad Rossocrociati, penjaga gawang Swiss, Diego Benaglio meminta rakan-rakannya sentiasa fokus sepanjang 90 minit perlawanan.

“Kami akan tampil sama seperti aksi sebelum ini tetapi ia akan tetap sulit untuk menjaga Messi sepanjang perlawanan.

“Anda boleh melihat video permainan Messi di mana dia boleh melakukan sesuatu yang mengejutkan pada saat akhir perlawanan,” katanya.

Bagaimanapun jelas Benaglio, berdepan skuad Tango bukan satu tugas yang mudah kerana pasukan bimbingan Alejandro Sabella memiliki barisan pemain berkualiti.

-Sinar harian

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");