Membawang Hari Ini

Tak lupa sengsara Gaza

zizan aaron

Lokasi akhir program Sorak Goool! anjuran Harian Metro (HM) sempena Piala Dunia 2014 yang berlangsung di Restoran D’Stall Corner, Kelana Jaya, malam Ahad lalu dibanjiri 2,000 penonton.

Lokasi akhir program Sorak Goool! anjuran Harian Metro (HM) sempena Piala Dunia 2014 yang berlangsung di Restoran D’Stall Corner, Kelana Jaya, malam Ahad lalu dibanjiri 2,000 penonton.

Lengkap mengenakan jersi Jerman dan Argentina, kehadiran pengunjung tidak sekadar menyaksikan perlawanan akhir dua pasukan itu tetapi turut memanfaatkan peluang itu untuk berjumpa selebriti undangan seperti aktor kacak, Aaron Aziz, pelakon komedi popular, Zizan Razak dan penyanyi meningkat naik, Kaka Azraff.

Aaron dan Zizan yang tiba serentak jam 1.30 pagi disambut dengan sorakan dan jeritan pengunjung restoran sebaik kelibat mereka mula kelihatan di balik skrin besar.

Lebih menarik, Aaron tiba dengan memakai kemeja-T Sorak Goool! dua tahun lalu sempena kejohanan Euro 2012 yang masih disimpannya.

Zizan pula dengan jersi pasukan kegemarannya Jerman lengkap dengan mafla Palestin begitu juga Aaron, malah mereka sempat meminta pengunjung sama-sama berdoa dan menyedekahkan surah al-Fatihah kepada mangsa yang terkorban di Gaza, Palestin.

“Tidak kira walau gembira manapun kita di sini, jangan lupa kesengsaraan yang terpaksa dihadapi penduduk Gaza di bulan Ramadan tatkala penduduk dunia bersorak untuk acara Piala Dunia.

“Suasana Sorak Goool sendiri bukti kepada perpaduan dan keamanan negara ini sehinggakan dapat dilihat setiap kaum meraikan pesta bola ini bersama-sama.

Sedangkan di Gaza, setiap saat adalah ketakutan. Justeru, saya berharap kita sama-sama menghargai keamanan negara yang wujud sejak sekian lama,” kata Aaron.

Aaron berkata, walaupun dia bukan pencinta bola sepak namun dia tertarik dan menyokong usaha yang diketengahkan HM.

“Walaupun saya bukan fanatik bola sepak tetapi benar kata orang bola sepak mampu menyatukan orang ramai seperti dapat dilihat melalui program Sorak Goool!.

“Anak perempuan saya, Dwi Ariana yang berusia lapan tahun paling gembira apabila pasukan Jerman menang. Apabila saya tiba di rumah selepas pulang dari Sorak Goool!, dia masih gigih menonton perlawanan antara Jerman dan Argentina,” katanya.

Zizan yang gembira apabila Jerman muncul juara Piala Dunia menewaskan Argentina 1-0 menyifatkan program Sorak Goool! ringkas tetapi meriah.

“Semua aktiviti berjalan lancar. Bukan soal siapa menang atau tidak tetapi sokongan dan semangat rakyat Malaysia buat saya berbangga,” katanya.

Dalam pada itu, Aaron turut melakukan kejutan menghadiahkan sebiji kek yang dibawa khas dari restoran miliknya iaitu Kidz & Creme yang beroperasi di Setia Alam.

Zizan pula selaku duta dan pemilik satu daripada cawangan Burgerbyte menaja 100 bungkus Kombo Ramadan, Montreal Rice yang hangat dipromosikan di hampir semua cawangan restoran berkenaan termasuk 350 burger dari Burgerbyte khusus untuk santapan sahur pengunjung.

Sementara itu, salah seorang pengasas dan pemilik Burgerbyte, Ahmad Fizal Azrat Gull berkata, pihaknya amat berbesar hati dapat bekerjasama dengan HM dengan menaja 450 makanan untuk pengunjung yang memeriahkan acara itu.

“Kami amat berbesar hati di atas kesudian HM mengundang dan memberi Burgerbyte peluang bekerjasama dengan akhbar nombor satu ini.

“Selain memperkenalkan Kombo Ramadan, Montreal Rice yang disediakan chef kami iaitu Chef Nasiruddin Abu Hassan, pembabitan Burgerbyte pada hari ini juga untuk memperhebatkan lagi jenama kami selain memberitahu kepada umum bahawa restoran ini turut dimiliki Zizan Razak selaku duta Burgerbyte,” katanya.

Burgerbyte turut memiliki cawangan di Sentul, Bangi, Subang Jaya, Damansara Perdana, Saujana Putra, Bandar Tasik Permaisuri, Semenyih, Bandar Tasik Permaisuri, Bukit Beruntung selain di luar Kuala Lumpur termasuk di Senawang, Kota Bharu, Melaka dan Seri Iskandar di Perak.

Segmen selebriti bersama pengunjung malam itu turut dimeriahkan dengan kehadiran penyanyi muda, Kaka Azraff yang menyampaikan tiga lagu Bawa Aku Pergi, Royals dan Terpulanglah.

Meskipun baru pulang dari Bangkok selain kurang sihat kerana keracunan makanan sehari sebelum acara berkenaan, persembahan Kaka cukup bertenaga.

“Ini adalah lokasi kedua yang terbabit dalam acara Sorak Goool! dan saya sangat suka. Bagi saya, acara seperti ini perlu diteruskan, kerana ia memberi peluang kepada artis seperti saya untuk mendekatkan diri dengan diri dengan peminat yang datang menyaksikan Piala Dunia” katanya.

Hadir sama dalam program yang turut mendapat tajaan Milo dan Tesco itu ialah Pengarang Kumpulan HM Datuk Mustapa Omar dan Pengarang Eksekutif (Pengeluaran/BPI) HM, Ahmad @ Salim Bachok.

-Metro

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");