Jenayah

Tak sempat tukar sekolah

Sibu: Seorang murid tahun tiga Sekolah Kebangsaan Tanjung Bundong dikhuatiri lemas ketika mandi bersama rakannya berdekatan muara di Kampung Bunut Bintangor, di sini, kelmarin.

Mangsa, Akmalrizan Ahmad, 9, dilihat mandi bersama dua rakannya di Sungai Bintangor sebelum dilaporkan lemas kira-kira jam 6 petang.

Bapanya, Ahmad Zaini Ilai, 46, berkata, kali terakhir dia berjumpa Akmalrizan pada Ahad lalu dan berharap anaknya itu dapat ditemui dalam keadaan selamat.

Katanya, dia dan isteri bekerja di Sibu manakala Akmalrizan dan dua adiknya yang lain dipelihara oleh ibu bapanya di kampung.

“Walaupun belum dijumpai, saya tetap mendoakan Akmalrizan akan selamat.

“Saya tidak sangka perkara ini boleh berlaku, saya tidak mahu lagi berjauhan dengan anak-anak selepas ini,” katanya ketika ditemui di sini, semalam.

Ahmad berkata, anak sulungnya itu tidak pandai berenang dan pernah dilarang mandi sungai beberapa kali sebelum ini.

“Bagaimanapun, saya amat terkejut sebaik sahaja dimaklumkan mengenai kejadian itu.

“Saya sebenarnya mahu pindahkan Akmalrizan ke sekolah di bandar dan tinggal bersama saya.

“Saya terkilan kerana hasrat itu mungkin tidak akan kesampaian,” katanya.

Ketua Polis Daerah Meradong Deputi Superitendan Mohd Hafifi Mohd Salim ketika dihubungi mengesahkan berhubung kejadian terbabit.

Menurutnya, keluarga mangsa tampil membuat laporan di Balai Polis Bintangor sebaik saja menyedari kehilangan Akhmarizan pada jam 8.00 malam.

“Polis sedang berusaha mencari mencari dan menyelamatkan mangsa.

“Operasi dilakukan dengan kerjasama padu Jabatan Pertahanan Awam Malaysia dan bomba,” tambahnya.

-Metro

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");