Sukan Hari Ini

The Saints ikat Pelle

pelle

DEMI memastikan misi Southampton dalam saingan Liga Perdana Inggeris (EPL) musim depan tercapai, skuad The Saints terus berusaha merekrut pemain baharu untuk diserap ke dalam pasukan itu.

Kali ini, Southampton telah berjaya mengikat seorang lagi penyerang yang produktif, Graziano Pelle selama tiga tahun.

Pelle, 28, adalah pemain kedua yang direkrut Southampton pada musim panas ini setelah Dusan Tadic dari Twente.

Difahamkan, pembelian Pelle bagi menggantikan posisi Rickie Lambert yang berhijrah ke Liverpool musim depan.

Untuk rekod, Pelle meledak 50 gol di Liga Belanda sepanjang beraksi dengan Feyenoord.

Pengendali baharu Southampton, Ronald Koeman juga berharap Pelle mampu menjadi senjata untuk skuad itu nanti.

-Sinar harian

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");