Jenayah

Tiada ampun jualan tercemar!

MHD Amin

Cheras: Peniaga bazar Ramadan yang didapati melanggar garis panduan pengendalian makanan berdepan tindakan disenaraihitamkan daripada permohonan lesen bazar tahun depan selain dikenakan kompaun sehingga RM2,000.

Ketua Pengarah Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) Datuk Mhd Amin Nordin Abdul Aziz berkata, pihaknya sebelum ini hanya menyenaraihitamkan penjaja yang melakukan kesalahan seperti halangan, penggunaan warga asing dan gagal mematuhi peraturan DBKL yang lain.

“Tahun ini kami akan bertindak tegas terhadap penjaja yang bersalah menjual makanan yang tercemar menerusi operasi persampelan makanan.

“Ini berikutan kami tidak mahu pengusaha makanan mengambil sambil lewa dengan menyediakan makanan yang tercemar, sekali gus mengelak terkena keracunan makanan,” katanya selepas merasmikan pelancaran Operasi Persampelan Makanan terhadap penjaja bazar Ramadan di Bazar Ramadan Sri Permaisuri, di sini, semalam.

Katanya, operasi membabitkan pegawai dari Jabatan Kesihatan dan Alam Sekitar (JKAS) DBKL serta Jabatan Kesihatan ini adalah persampelan makanan berpotensi tercemar yang diambil secara rawak untuk dianalisis di Makmal Kualiti Makanan DBKL.

“Selain itu, pemeriksaan sanitasi meliputi aspek kebersihan, pengendalian, pemakaian apron, penutup kepala, status suntikan tifoid dan kehadiran kursus pengendalian makanan turut dilakukan.

“Malah, semua 5,500 pengusaha bazar Ramadan di 76 lokasi di ibu kota untuk tahun ini diwajibkan mendapatkan suntikan tifoid serta menghadiri kursus pengendalian makanan,” katanya.

-Metro

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");