Jenayah

Warga emas diseret sejauh 30 meter

diheret

CHANGLUN – Seorang warga emas maut dalam keadaan menyayat hati akibat digilis dan diseret sejauh 30 meter oleh sebuah treler membawa muatan baja dalam kemalangan di Kilometer 16.8 Lebuh Raya Utara-Selatan berhampiran pekan Napoh, di sini kelmarin.

Kejadian kira-kira jam 8.55 pagi itu menyebabkan mangsa, Ayub Ibrahim, 74, yang mengalami kecederaan parah di badan dan kepala meninggal dunia di tempat kejadian.

Ketua Polis Daerah Kubang Pasu, Superintendan Abdul Rahim Abdullah berkata, ketika kejadian mangsa yang menunggang motosikal jenis Honda EX5 dalam perjalanan pulang ke rumahnya di di Kampung Wang Perah dekat sini, dari pekan Napoh.

Berdasarkan siasatan awal polis, motosikal yang dinaiki mangsa dipercayai bergesel dengan treler terbabit hingga menyebabkan mangsa terjatuh sebelum digilis tayar kenderaan berkenaan.

“Mangsa mungkin mahu menukar lorong dari sebelah kiri ke kanan tanpa menyedari kehadiran treler terbabit sebelum ia bergesel hingga menyebabkan motosikalnya hilang kawalan.

“Mangsa mengalami kecederaan teruk pada kepala, kaki dan badan serta mati di tempat kejadian,” katanya ketika dihubungi.

Tambahnya, mayat mangsa dibawa ke Hospital Jitra untuk dibedah siasat.

“Kes itu disiasat di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987. Manakala pemandu treler yang berusia sekitar 40-an itu telah ditahan untuk membantu siasatan,” katanya.

Sementara itu, anak saudara mangsa, Mohd Zaidi Kasa, 50, berkata, sebelum kejadian,  dia sempat berbual panjang dengan bapa saudaranya ketika mereka berselisih selepas pulang dari kebun kira-kira pukul 7.30 pagi.

“Ketika itu, saya baru pulang dari kebun manakala arwah mahu ke kebunnya. Kami berbual seperti biasa mengenai kebun dan sebagainya malah arwah sempat mengadu mengenai kehadiran kera yang banyak di kawasan kebun sehingga merosakkan buah durian yang ditanamnya.

“Kami berbual-bual hampir setengah jam, namun saya tidak mengesyaki apa-apa malah arwah juga tidak menunjukkan sebarang perubahan ketara ketika itu,” katanya.

Katanya, dia mengetahui kejadian itu kira-kira jam 10 pagi selepas diberitahu oleh penduduk yang datang ke rumahnya.

“Saya sangat terkejut kerana baru sahaja berjumpanya pagi kelmarin, namun siapa yang mampu menolak ketentuan ALLAH,” katanya.

-Sinar harian

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");