Sukan Hari Ini

Zolkples tak cemas

zopkles

Tiada langsung riak cemas di wajah Ketua Pengarah Majlis Sukan Negara (MSN) Datuk Zolkples Embong apabila kontinjen negara masih ketandusan pingat emas Sukan Komanwel yang memasuki hari ketiga kelmarin.

Beliau yang tenang dan sentiasa mengikuti perkembangan atlet negara dari venue ke venue, tetap mengharapkan kejutan dilakarkan atlet yang nama masing-masing tidak ada dalam senarai tujuh pingat emas disasarkan kontinjen negara.

“Masih terlalu awal dan saya yakin kita akan mendapat emas pertama dalam sehari dua lagi. Mungkin sebentar lagi..siapa tahu.

“Saya tetap meletakkan harapan kepada atlet kita tidak terkecuali mereka yang tidak disandarkan harapan emas untuk membuat kejutan. Antaranya dari venue angkat berat, namun rezeki kita belum hadir lagi,” katanya.

Kontinjen negara setakat ini meraih satu pingat perak menerusi atlet angkat berat Zulhelmi Md Pisol dalam kategori 56 kilogram dan satu gangsa disumbang skuad gimrama berpasukan.

Berdasarkan aksi atlet negara yang semuanya sudah memulakan acara masing-masing kecuali terjun, ternyata sasaran tujuh emas itu boleh bertambah.

Antaranya menerusi skuad badminton, skuasy, menembak, terjun, memanah dan boling padang.

“Saya masih yakin keupayaan atlet angkat berat yang tidak pernah gagal menyumbang emas sejak Sukan Komanwel Kuala Lumpur 1998, Manchester (2002), Melbourne (2006) dan New Delhi (2010),” katanya.

Namun, riak berbeza terpancar di wajah Chef di Mission Datuk Ong Poh Eng dan beliau agak kecewa apabila atlet angkat berat masih belum menyumbang emas.

Beliau yang berada di venue angkat berat tidak senang duduk menyaksikan Constantine Clement gagal dalam kategori 62 kg.

Atlet Sabah itu antara sasaran skuad angkat berat negara selain Mohd Hafifi Mansor untuk meraih emas bagi mempertahankan dua pingat emas yang dimenangi di New Delhi empat tahun lalu.

-METRO

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");